Pages

Ads 468x60px

Thursday, 29 September 2011

CABAR DIRI UNTUK BERJAYA


Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:
Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?
Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.
Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?
Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda
Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.
Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Friday, 23 September 2011

GENGGAM BARA API...


GENGGAM bara apa biar sampai jadi arang begitulah bunyinya perumpamaan melayu yang membawa maksud sesuatu tugas yang dilakukan itu biarlah berhasil walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Menggenggam bara api memerlukan semangat, ketabahan serta jati diri. Kesakitan pasti dirasa tetapi hanya buat sementara. Apabila ianya dapat diatasi, maka arang yang terhasil dari bara api itu amat diperlukan untuk dijadikan sebagai bahan bakar.
Kepayahan, kesukaran dan ketidakselesaan dalam proses menuntut ilmu adalah lumrah alam malah ada hikmah di sebaliknya. Keperitan yang dilalui melalui pengalaman sendiri mengajar kita mengenal kehidupan serta menjadikan kita lebih matang serta lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Apabila kesedaran tentang tanggungjawab itu lahir di jiwa kita, maka diri kita lebih berdisiplin. Disiplin adalah faktor yang penting menentukan tindakan dan amalan seseorang itu. Murid yang berdisiplin mudah belajar, mudah membuat kerja tanpa disuruh atau dipaksa serta mudah menyelesaikan sebarang masalah dalam pelajaran.
Murid yang tidak berdisiplin gagal mengawal tindakan dan amalan. Murid seumpama ini gagal merancang jadual belajar, gagal mengawal nafsu dan perasaan serta mudah berputusa asa. Mereka ini tidak sanggup bersusah payah. Semuanya inginkan keselesaan, inginkan kemudahan, inginkan kejayaan tanpa berusaha mendapatkannya. Murid seumpama ini kebiasaannya tidak akan berjaya mendapt prestasi yang baik dalam peperiksaan.
Oleh itu dalam jangka masa yang terdekat sebelum murid-murid menjejak kaki ke dewan peperiksaan, pastikan anda sanggup menghadapi segala bentuk kesukaran dalam proses mengulang kaji pelajaran.
Anda perlu bersusah payah mencari bahan, menghafal fomula atau sifir, membuat latihan atau berbincang dengan guru. Gunakan sepenuh tenaga anda untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Kepada semua calon-calon PMR, SPM dan STPM...... Ayuh! gabungkan tenaga, gunakan minda, cekalkan semangat di dada dan anda sedang menuju apa yang dicita-cita!

Thursday, 22 September 2011

KEPADA SEMUA MURID-MURID SMK DATO HAMZAH







QUOTES


Exams are one of the hardest and difficult things in one’s life but you are an intelligent boy and will do in a best way. Wish you best of luck for your exams.


No one can progress in this world without passing exams. If you want to be a successful person, work hard. Wish you all the best in your exams.

Before exams think that who is angry with you? Say sorry to all because we know if people are not agree with us then GOD also. Say everyone to pray for your success. Now GOOD LUCK for exams!

If you are ready for exams and you have prepared your self completely for exams then be sure and trust in GOD.

May you become proud not only for your family but also for your nation.

Be courageous and Be sure that you will stand first and consider it as your aim. Wish you All the best.




PELAJAR CEMERLANG SPM 2011

TAN ENG SHENG


Pencapaian Akademik:       
UPSR 7A
PMR 8A
SPM 8A+ 2A

Jawatan yang disandang:
2006 - Ketua Tingkatan 1UC

2007
Ketua Tingkatan 2UC
AJK Persatuan Bahasa Cina
ALK Koperasi


2008
Ketua Tingkatan 3UC
Wakil Tingkatan 3 Majlis Ketua dan Penolong Tingkatan
ALK Koperasi
Penolong Setiausaha Persatuan Bahasa Cina
Pembantu Pelaksana Pertandingan Karnival Kaunseling dan Kerjaya Peringkat Negeri Selangor

2009
Skuad Gempur Denggi
Pengawas Briged Bestari
ALK Koperasi
Petugas Hari Terbuka SMK Dato Hamzah 2009
Naib Pengerusi Persatuan Bahasa Cina
AJK Pelaksana Pertandingan Kuiz Kerjaya dan Antidadah Peringkat Sekolah

2010
Pengerusi Persatuan Bahasa Cina
Bendahari Pengawas Briged Bestari
Quarter Master PBSM
Ketua Unit Kreatif Sidang Redaksi Majalah Sekolah (Samudra 2010)
Naib Bendahari Permainan Bola Keranjang
Setiausaha Pasukan Diabolo
Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Pencapaian Ko-kurikulum

2006
Pertandingan Ujian Bertulis dan Kuiz Kesusasteraan Cina Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri

2007
Pertandingan Kaligrafi Tahun Baru Cina Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Klang
Pidato Bahasa Cina Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Klang
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 2007- Pertandingan Kuiz Malaysiaku Gemilang dan Pertandingan Mewarna

2008
Pertandingan Kaligrafi Cina kategori Sekolah Menengah
Kuiz Sempena Hari Geografi Daerah Klang
Pertandingan Melukis Poster Kerjaya Sekolah-sekolah Menengah Daerah Klang
Pidato Bahasa Cina Sekolah-sekolah Menengah Daerah Klang
Pertandingan Kuiz Antidadah Sekolah-sekolah Menengah

2009
Pertandingan Kaligrafi Anjuran Persatuan Bahasa Cina (Sagu Hati)
MCA Youth Selangor Calligraphy Contest
Pertandingan Kaligrafi Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Daerah Klang (Sagu Hati)
Kem Kepimpinan Persatuan Bahasa Cina Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Klang
Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah-sekolah Menengah Daerah Klang (Final)
Pertandingan Explorasi Alam Kerjaya (Johan)
Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Negeri Selangor
Pertandingan Pidato Bahasa Cina Sekolah Menengah Daerah Klang (Sagu Hati)
Pertandingan Perbahasan Anjuran Persatuan Bahasa Cina (Naib Johan)

2010
Pertandingan Kaligrafi Cina Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Daerah Klang
Bahas Ala Parlimen Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Klang
Kuiz Matematik Tambahan Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Klang
Pidato Bahasa Cina Sekolah-sekolah Menengah Daerah Klang (Kelima)
Explorace Kimia 2010 Daerah Klang (Ketiga)
Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) 2010 (Merit)
Credit in International Competitions and Assessments for Schools by UNSW Global
Logic Mathematics
Pertandingan Penulisan Karya Kreatif Bahasa Cina (Wakil Selangor)

Rahsia Kejayaan:
1.        Keyakinan Diri – Sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan sama ada PMR atau SPM, ‘senjata’ utama merupakan keyakinan diri yang mencukupi. Tanpa semangat ingin mengecapi kejayaan yang berkobar-kobar dalam jiwa, sudah pastinya kita tidak mampu mengorak langkah untuk memaksimumkan potensi yang dimiliki.
2.        Mendisiplinkan sendiri – Dalam era ini, remaja seringkali berdepan dengan pelbagai jenis hiburan yang cukup menghairahkan, tetapi masa yang diperuntukkan untuk hiburan perlu dihadkan dan diperbanyak dengan masa menelaah pelajaran ataupun mendekati dengan sumber-sumber pelajaran.
3.        Memperbaiki kelemahan sendiri – Pada pendapat saya, kemajuan seseorang akan dikecapi sekiranya kita senantiasa menganalisiskan kelemahan sendiri dan mencari resolusi yang baik untuk mempertingkatkan prestasi sendiri. Contohnya, sekiranya kita mendapati bahawa kita lemah dalam sesuatu subjek, penyelesaiannya adalah merujuk kepada orang yang lebih cemerlang dalam subjek tersebut atau guru mata pelajaran.
4.        Ulang kaji -  Ulang kaji sebelum kelas bermula atau selepas kelas berakhir adalah cara yang paling efektif untuk mempertingkatkan daya ingatan kita kerana ilmu yang diperoleh itu akan berkekalan dan segar dalam ingatan.
5.        Perhatian – Seperti yang kita sedia maklum, perhatian yang secukupnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran adalah mustahak untuk mengelakkan diri daripada tercicir.
6.        Kelas tuisyen – Bagi pelajar yang mampu membiayai kos kelas tuisyen, cara ini mungkin dapat mempertingkatkan lagi prestasi seseorang dalam sesuatu mata pelajaran. Tetapi, janganlah menghabiskan terlalu banyak masa dalam kelas tuisyen kerana dalam menangguhkan kerja yang diamanahkan di sekolah.
7.        Motivasi – Akhirnya, kita perlulah sentiasa memotivasikan diri, dengan mengatakan , “Saya Boleh!”

Ingatan: Jangan terlalu memaksa diri dengan memperuntukkan masa yang banyak dalam menelaah pelajaran , tetapi sebaliknya meluangkan masa untuk menyertai kegiatan yang dapat melepaskan stres sendiri.   



HARI 1MALAYSIA 2011




KATA-KATA HIKMAT

“Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita di hari kemudian.”

“Jangan lari dari masalah, kalau tidak anda akan menjadi orang bermasalah. Seboleh-bolehnya cubalah selesaikannya. Di situlah bermulanya kematangan seseorang.”

“Disiplin adalah ramuan tersembunyi di mana menukar seseorang yang biasa kepada orang yang penting.”


SPM 2010




PELAJAR TERBAIK PMR 2010